Followers

Tuesday 20 December 2011

akronim :)

.
.
.
.
PAKWE = Padamu AKu keceWE
MAKWE = Masih AKu keceWE

^_^

Monday 19 December 2011

Apa yang aku rasa?

Aku pun tak tau.  Sekarang ni, aku rasa nak pergi dating. HEHE. Eh taklah. Rasa nak bersuka ria. Tapi tau tak, lagi 2 minggu je lagi nak final dah. *sigh. Baru semester 1. Ada lagi 9 semester (kalau tak repeat apa-apa) aku kena harung. InsyaAllah boleh.

Aku rasa macam nak kahwinlah. Aku rasa aku dah ready apa. Aku tau masak, aku tau kemas, aku tau jaga baby, aku tau buat susu, aku tau mandikan baby, aku tau basuh berak baby, tukar pampers baby, kalau nak suruh jaga orang tua pun aku tau. Hee.. kira dah ready lah kan tu?

Aku rindu adik-adik aku lah. Yang perempuan dengan yang lelaki tu. Minggu ni nak balik, tapi adik yang perempuan tu dah balik Jitra lah pulak. Dah tak cukup korum. Mana best, tak havoc lah rumah. Hehe..

Aku sedihla. Kereta aku tak keluar lagi. Aku sedihla macam ni... wuwu~~ *sabar-sabar.. sabar itukan cantik :)

Thursday 15 December 2011

Syukur

.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah... ^_^

Thursday 24 November 2011

Semua dah besarkan..


Imej atas ni adalah website official PM kita, Dato' Seri Najib Tun Razak. Website 1malaysia. Kena hacked oleh hacker indonesia la kan.. Aku elak label guna nama 'indon' sahaja sebab teringat cerita seseorang. Mereka tak gemar dipanggil indon sahaja... tulah ceritanya. Well, aku masih respect sensitiviti diorang.

Apa diorang nak tunjuk sebenarnya ni. Yang orang-orang Indonesia kencing berdiri? Yang orang Indonesia kalau kencing, memang tunjuk dekat orang. Yang orang Indonesia kalau kencing memang tak cari toilet? Main ikut dan nak lepas dekat mana-mana? Ini lawakla. Aku gelak dengan perangai si hacker tp dalam aku gelak terbit jugak rasa geram. Apa kita Malaysia ni teruk sangat ke. Tahap kebencian Indonesia terhadap Malaysia tu aku dah maklum, isu Manohara, isu Nirmala (orang gaji indonesia yang di dera di Malaysia). Tapi tak semua kan.. Dan Indonesia sendiri tak sedar ke yang saudara diorang ramai yang cari rezeki di Malaysia, diorang juga tak sedar ke ramai dlm kalangan diorang yang banyak lakukan jenayah di Malaysia. Ada kita berkelakuan seperti mereka?

Dah, tu je.. * tahniah Harimau Muda sempena kemenangan ke atas Indonesia pada Sea Games 2011 ni.

Wednesday 16 November 2011

love moment~~

Assalamualaikum. Hari ni tak ada esei karangan panjang lebar.. hehe, *penah ke aku post esei karangan pnjg lebar masalahnye.. hihikk... Hari ni cuma ada beberapa keping gambar yang nak aku kongsi dan jugak utk tatapan sape2 je yang rindu manusia yang terdapat dalam gambar..


Ini masa hari jumaat, sebelum aku berangkat balik ke Tanjung Karang utk celebrate raya haji (aku halfday hari tu).. Tutti Frutti dkt Wangsa Walk dgn kak siti dan kak yani. 

Ini masa aku dah smpai klang. Tengah berjalan menuju ke bas kuala selangor. India ni dah impresskan aku, aku bajet ley snap gaye urban gitu la konon sbb feeling balik kampung dari KL.. hahahaha.. tak menjadik pun, melainkan aku edit, tp aku malas edit..DASARR~~

Ini semua barang rampasan pegawai inspektor amir muzakkir.

Ini malam raya hari. Dalam pukul 10 malam gitu.. kitorang tak masak utk dinner tp keluar merewang dinner kat kedai mat. Layan kuew tiaw goreng seafood sambil perhati kereta berduyun2 jammed bagai nak giler.

Ini dah dekat kedai Mat. Sempat bawak pistol utk pendinding diri dan keluarga.


Ini Chocolate Cheese hasil air tangan aku. Nak resepi? Secret recipe ok! hehe.. 


Sekian :)

Monday 31 October 2011

Percuma luh :)


 Nampak? nampak? nampak tak?? yg highlight merah tuuuu... hehehe... Free pass TGV yang aku dah kecoh-kecoh kan tu dah selamat ada orang tulun collectkan.. dan dah selamat aku kendurikan dengan menonton real steel :))

Wednesday 19 October 2011

pre sequel HDFFAFJ : duhai hati, sabarlah :)


Cant wait to open this tonight.. heee

* HDFFAFJ - Hot Delivery Far Far Away From Jitra :)

Hot delivery far far away from Jitra :)



Tarikh courier :  17.10.2011
Masa courier : 1601

Tarikh terima : 18.10.2011
Masa terima : 0930

:)

Wednesday 12 October 2011

sweetkan? tips ceriakan isteri

Hey. Hello-hello.. Lets check it out this.. apply it to your wife, not your gegurl.. heee


Honestly, aku sebagai perempuan rasa dihargai kalau suami aku nanti treat aku macam tu.. kami perempuan memang selalu ambil port hal-hal yang kecil ni..  kadang-kadang hal message fon pon jadi isu, jgn ada eja lain sikit.. mula lah, ai.. ni salah send message ke apa nih.. heheh.. we women always tricky, but once we love u, we love you always.. :))

Trust

Malam ni rasa sangsi tu datang lagi..
Aku tak mintak.. malah aku pun taknak...
It hurts me a lot.. 

Aku cuba tenang, kalau gelojoh takut makan diri..
Aku ambik masa untuk luah apa yang aku pendam..

Aku susunkan ayat yang terbaik untuk buat dia mengerti apa seksa yang aku rasa,
Perih ni dia yang mulakan, harus dia juga yang hilangkan..

Itu janji dia.. aku pegang.. sebab aku pilih dia..
Aku beri peluang.. sebab antara aku dan dia tak semuanya tak indah.. 

................................

Monday 10 October 2011

FOR YOU, YES YOU....

Dear LOVE,
When I give you a chance, meaning I trust you to not waste it.
When I give you a trust, meaning that I believed you'll not gonna break it.
When I believed on you, meaning that I hope you'll not disappoint me.

You know how hard I am to accept you at the first place.
You know how paranoid I am to the past.
You know its not hard for me to give you this chance.
You know how risky I am by choosing this way.
Please...
Don't do something that can change my mind.
Don't do something that can force me to give up.
Don't do something that gonna ruined our plan.
What I need from you is to being honest.
What I need from you is your infinity love.
What I need from you is for you to prove I'm not wrong by choosing you.
What I need from you is to be with me whenever I need you with me.
What I need from you is to be loyal with the promised you've made.
What I need from you is a trust that you're the only one I have.
I don't ask for more. I only need a person who can complete apart of me, and only need me to complete his.
I don't ask for more. I don't need your money because I have my own.
I don't ask for more. I need a guy who want to understand me.
I don't ask for more. I don't need a guy who I can share the problem with, but I need a guy who I can faced the problem with.
If you know me well, you know what I want.
If you know me well, you know what kind of person I am.
If you know me well, you know when I'm angry, sulking or in pms.
If you love me, you will never ever cheat.
If you love me, you'll share everything with me.
If you love me, you'll only have me as yours.
If you love me, you'll never ever do something that can make me curious.
If you love me, you'll never ever do something that make me think I am nothing to you.
If you love me, you'll do anything to prove me how much you love me.
I do love you.
I do need you.
I want you as mine.
I try my hard to do my best to make you feel better.
I know I'm sucks sometimes but I do try my best to change.
But sometimes, things that you do forced me to think back,
'Is it worth for me to risk my heart for a guy like you?'
So I need you to prove that I'm worth it to have a guy like you.
And I'm now doing the right thing by loving you.
Show to me. Prove to me that I'm not wrong.
Can you?


*AKU NAK MASUKKKAN GAMBAR SEKALI, GAMBAR YG SETEMA LA, CILOK GOOGLE JE. TAPI LEMBAP YA AMPUNNN.. SO AKU TAK JADI AMBIK DKT GOOGLE, AKU CADANG NK AMBIK KOLEKSI GMBAR AKU DGN KAWAN-KAWAN JE.. TU PON LMBAT JUGAK.. SUDAH NYE TAK BERGAMBAR LA ENTRI NI.. HEHEHE.. OK LAH, BUBAI :))

*yg dekat atas tu really touched.. aku...huhu.. tak tau lah.. tapi yang tersurat dalam hati ni, exactly same2 la mcm yang dekat atas tu.. tu je :))

Sunday 9 October 2011

Birthdayy present in advanced

Assalamualaikum semua.

Hari ni bukan la hari yg best antara semua hari pun. Tapi rase nk update and nk cakap aku happy la jugak hari ni sebab aku nk wat entri pasal hadiah in advanced aku. dan sejak dua menjak ni dapat free topup je. heheheh.. jahat la, buli budak lom keje. dahla aku dah keje, ske ati aku je.. eh, tapi ape ade hal, cakap sayang. lautan api sanggup ku renangi, inikan pulak topup je.. tak luak apa pun.

Ok nak cerita pasal yang sepatutnya. Aku ni bukanlah blogger tegar, sebabnya blog aku ni aku xpose pun dkt kawan2 terdekat je. Pada yang tak kenal aku tapi terjumpa blog ni, ada jodohla tu kot. hehehe..
well, aku check email malam tadi. dapat email dari nuffnang.. Macam ni email tu,


haa? tu maksudnye aku kena collect 4 pas tiket tgv ke? serius eh?? hahahaha.. kelakar, aku mane tau..
korang yang dah bc ni tulun la yakinkan aku. betoika suma nih? hehehe.. ok dah. tu jek.. tengah bengkek gak dengan hal iclass aku nih.. wahahaha . bubai sumeh :)

Friday 30 September 2011

moga aku kuat

malam tadi sedih lagi. huhu. bulan ni memang bulan nangis agaknye. hati ni tak tau la, take time to heal...

Thursday 22 September 2011

Allah sayang saya, Allah ingat saya..

aku dilanda musibah. syukur, Allah ingat aku.. tapi aku perlu mama untuk tenangkan aku, untuk peluk aku, untuk nasihatnya.. setiap butir kata dari mulutnya, ubat untuk aku...

Thursday 15 September 2011

im backkk with no worries..

Assalamualaikum.. Hai korang.. Lama dah tak update kan, sebabnya tak ada idea, tak ada ilham, tak ada kelapangan.  Lately ni sangat busy dekat office sebab nak raya kan, mestilah settlekan semua kerja dulu, baru laa lapang hati nanti biler cuti.

Well, kali ni aku tanpa segan silu yang tak ada tolok bandingnya, nak update sikit. hehe.. Wa dah sebat broadband sebijik woi! wahahaa.. cool tak? cool tak? memang dah lame nak ada broadband since aku pun study mode pjj kan, memang perlu sentiase ade jalur lebar. Tapi perlu tunggu standby fulus dan cari pakej yg sesuai. So to make it short, aku baru rembat semalam. and ni internet connection yg sgt fresh baru keluar dari oven.

Macam mana aku boleh terembat semalam? walhal aku bkannye tengah ade duit pun. hehe.. The story begin when i went to Maybank.. aku nak korek asb la kan.. huhu.. sadis giler idop aku. then, bila keluar maybank, hujan lebat tak hengat.. tibe2 aku nampak booth maxis broadband dekat dgn maybank ni. Duduk la berteduh dekat situ sambil-sambil tu  bolehla tanyakan pakej yang ada disamping perlukan penerangan. Ehem, yes, aku memang manusia 2in1. Masa aku emas kau! ehehehe.. dari duk melangut tunggu hujan teduh, baik aku buat something yg worth.

Alhamdulillah la, sebabnye promoter mxs tu cakap sekarang tengah ade promosi and semalam last day.  Offer tu akan jadi promosi bila kau adalah seorang kakitangan kerajaan, sayangnya aku keje swasta wei! hehe.. but..but.. promoter tu tanye, parents ade yang kerja kerajaan tak. hehe. Hape lagi.. with no second aku anggukkkk laa.. omak den kojo gomen wey~~~ heheh.. dokumen yang perlu ade adalah ic dan akuah sah yg menyatakan kita adalah kakitangan kerajaan. Po laie.. den toghus call omak den suruh fax ic dengan surat akuan. Heheh, alhamdulillah dapat! Aku ambil for free la kiranya broadband tu. sebab kalau tak kena bayar 100 wei.. mano ckup duit den. heheh.

Aku jugak dapat rebate untuk 5bulan yang pertama penggunaan iaitu hanya perlu bayar bil sebanyak 58rgt monthly yang sepatutnya adalah 68ringgit sebab aku ambik pakej 68 punyer... err, korang paham tak ayat aku.. hehe. So now im free surfing because this maxis broadband is totalyy mineeee~~~~ seronoknya.. esok balik kg tanjung karang, aku nak hebohkan kat orang kampung T________T

eh, ok lah. tu jerr.. hehe. aku nak kutip baju kat luar. nak iron baju kerja supaya senang hati nak balik tnjung karang esok.. ehehehe.. bubai ;))

Thursday 18 August 2011

macam biasa bro!

Assalamualaikum! huh.. heheh.. tak boleh moody-moody, kool je bro.
aku baru lepas salah send no fax dekat bos aku. fewhh~~ nasib tak ngamuk org tua tu. mane nak dapek nyo kalo call nombor fax. hahaha.. eheh. tu je nk cite. bubai~


Thursday 11 August 2011

Hadiah buat mama

Assalamualaikum. hee^^


Dah 11 Ramadhan hari ni. Semalam 10 Ramadhan yg bermakna buat aku. Ada 2 perkara gembira jadi dalam hidup aku. Yang pertama, aku dah sah jawatan, alhamdulillah. 23hb Ogos ni genap aku kerja setahun di Yayasan Ilmuwan. Nak ucapkan terima kasih tak terhingga dan rasa syukur yg tiada akhirnya pada Maha Pencipta. alhamdulillah~ alhamdulillah~


Dengan khabaran ini, aku rasa lebih stabil, maksud aku lebih stabil untuk merancang ekonomi aku sendiri. Aku juga rasa yakin untuk merancang lebih untuk masa depan sendiri. Terima kasih juga buat mama, org pertama yg aku beritahu khabaran gembira ni. Perkara yang sering aku kejarkan dalam hidup ialah buat mama gembira dengan pencapaian aku. Buat mama tersenyum bangga dengan aku. You know, mama besarkan aku dan adik2. Sepanjang aku membesar tak pernah sekali rasa kekurangan. Walau hidup tak kaya, tapi cukup serba serbi. Jadi sangat penting untuk aku buat mama happy, dan sangat penting juga untuk aku hidup dalam keredhaan mama, hidup dalam keberkatan mama. Hidup dalam ingatan mama yg sering doakan aku,.. i love you maa <3<3<3

hehe, adik, kakak dapat continue degree.IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN). Yes, tu la berita no 2. Aku dapat sambung degree dekat Uitm Shah Alam. Aku macam x percaye. yes, malam tadi cukup banyak ungkapan alhamdulillah keluar dari bibir aku.. Bila dpt berita nih, aku teringat zaman poly. Betapa seronoknya dapat study dengan kawan2 yg lain. Thanks korang. heheh. Malam tadi pun dah feeling2 kan kite. hahah.
Untuk gemok, thanks jugak mok. you are the best man ! heheh. Nanti turn awok pulak yek. Org tunggu ni. Tak lame je lagi. bulan sebelas dah abis. After that u can plan for ur next step, slow-slow je mok. takpe, asal nampak hasil tu. 1 4 3 ! heheh

heheh.. status fb pagi tadi dedicated to orang-orang yang aku sayang,











hee~~ korang ceriakan hidup aku :)))

20hb register ye kawan2. asalnya 20hb tu nk shopping2, so sekarang terpaksa postpone shopping la yek. heheh. takpe lah. tak ke mana jalan tar tu.
eh. okayy lah. bubai~

Wednesday 3 August 2011

Rezeki dari Allah haruslah dikongsi bersama

Assalamualaikum^^

hee~ dah 03 Ramadhan la korang.. budak-budak dekat apartment mahsuri dah kalut duk main mercun. Nala sungguh, orang nak tengok berita pun tak senang, tunggu la nak dekat raya baru main dik oi. Eceh, sejak kerja ni aku start tengok berita, ditambah pulak housemate kesayangan kerja dekat ipd kan.. Sebab dulu-dulu tengok berita, haram tak phm. Sekarang dah paham, tanya gemok, tanya kak san, jadi tengok berita pun best jugak kadang-kadang = ='... HAHAA.. ada kadang-kadang pulak, nampak sangat tak sepenuh hati.

Oh yek, nak cerita pasal tajuk kali nih. hehehe.. Nak menggambarkan situasi bila ada yang mahu meminjam duit dari kita, walau kita pun berada dalam kesempitan. Pada aku, jgn dihampakan. Bantu walau sikit, ingat pada asasnya, bahawa yg ada pada kita tu pun pinjaman, bukan hak mutlak. Bila difikir-fikirkan, memang akan rasa kasihan pada diri sendiri. Sudahla, makan minum sendiri pun tunggang langgang, lagi nak bantu orang. Hmm, macam mana tu?? hehe.. cumanya, aku letak pada asas. Jangan kejam dan ingat pasti ada rezeki lain untuk aku..

Cumanya, yang menjadi kesalan, bila datang situasi orang yang meminjam banyak kali dan ada pula hutang yg belum dilangsaikan dah datang meminjam.  Aku bukan apa, bak kata org putih. (agaknyela, aku pun ingat2 lupa) kalau nak tolong org, jangan bagi ikan, bagi pancing. Supaya org itu boleh berdikari sendiri.  Tapi soalnya, macam mana kalau hal pinjam duit berulang kali, dan hutang sebelumnya tak dilangsaikan lagi. Nak menasihat pun mulut berat, takut yg dinasihat tak boleh terima.. Kita pun jadi serba salah, sebabnya, bukan tak nak membantu. Niat kita nak membantu dia jugak.. Tapi yelah, fitrah manusia, nak membantu orang pun , lihat diri sendiri dulu tahap keperluan kita macam mana. Jangn menolong orang, tapi menyusahkan diri sendiri  pulak. Lain lah kalau orang tu mintak ikan, memang sah2 aku bagi pancing ikan. hehee...

Yang pasti, kalau situasi macam tu jadi kat aku, apa yang aku buat, aku akan buat apa yg aku termampu pada saat dan ketika tu. heheh. Aku pun tak kuat. Mungkin akan merungut jugak, tapi dalam hati cepat2 buang rasa mengeluh tu. Sebabnya tu semua kan datang dari Allah, bukan saja rezeki, tapi tiap apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik. ermm... ^^

oklah, petang ni nak lauk je kat bazar, nasik masak dekat rumah. Air pulak, wat air sunquick je ckup. ehheh..
ok ~bubai..
*entri paling pantas penah aku buat sbb ada yg dah xsabar. tau la blog aku best

Tuesday 2 August 2011

02 Ramadhan

Assalamualaikum

Dukacita. Aku rasa sedih sebab bazar Setiawangsa dah bertukar tempat, walau tak la jauh sangat tapak bazar tu sekarang tapi tetap bagi kesan dekat aku yang malas jalan nih.. wuwu T.T Jadinya aku dah decide sejak malam tadi lagi nak makan apa? selain tu strategi kena plan jugak, supaya tak perlu besesak dengan orang ramai di waktu-waktu puncak ni. So, the plan is tak payah nk round sangat satu bazar tu. Jumpa juadah yang berkenan terus je beli yek.. Erm, nasib baik jugak office aku time bulan Ramadhan balik awal. Advantage dekat situ. Balik kerja terus tuju bazar je kot.. hehe, tengok dulu cane, sama ada nk balik mandi2 and solat dulu atau apa..

oh ye, malam ni kena struggle iron baju 7pasang semuanya. Dah jadi kebiasaan aku iron baju sekali banyak, malas nk iron banyak2 kali. Lagi pun kan dapat jimat elektrik. Tapi dapat ke aku kekuatan nk iron baju sebanyak-banyak tu?? sebabnya, asal kenyang je mata pun mengantok, tidoq tak ingat duniaa.. Haiyoohh, buruk perangai. Chaiyokk untuk malam nih!!

Memang kena settle urusan rumah minggu ni, sebabnya minggu ni aku nak balik tg karang lagikk.. heheh..oh, i love tg karang very muchoo!!  Setiawangsa pun best, tapi buat rambut aku banyak gugur jer.. environment tak sihat. heheh..

Itu hari dah dapat kurma dari seri kedawang sekotak. Hari ni dapat lagi sekotak dari YI plus yang doc punya, sebab dia tak nak. heheh. apa lagi... posto 1 ke rumah tg karang la kan.. wehuuu~~ i like..

erm, ok la. bubai ;))

Monday 1 August 2011

1 Ramadhan

Assalamualaikum^^ dan selamat menjalani ibadah puasa jugakk..
Macam mana puase korang? pagi tadi bangun sahur tak. aku bangun, sahur minum susu jek.. fizikal dan mental tak ready lg nk masak nasi untuk sahur. Esok insyaAllah. heheh.
Starting from 1Ramadhan aku kena masuk office jam8pagi. Jadi, pukul 7.45pg aku dah keluar rumah pun. permulaan hari yang baik. heheh. Sampai office, on pc on aircond apa semua tuptup dah pukul 10pg.. erghhh, dah stat bunyik dah perut eden.. dalam kepala dah berkira-kira, buka puasa nanti nak makan apa. hehe.. Dalam kepala ni dah list dah menu apa yg nak di terjah time kat bazar petang nanti.

  • ayam percik
  • murtabak
  • roti john
  • air tebu
  • nasi kerabu
  • soya bean
  • ayam percik lagi..
  • ayam percik lagi.. lagi..
dah banyak lagi laaa...  tapi memang aim ayam percik tu kot... aishh..

Hari ni baby baru masuk rumah tg karang dah. tadi aku call mak aku. dah selamat diletak dekat rumah dengan jayanya. aku tanya la amir nye reaksi cane, tapi pengkhabaran hampa yang ku terima. Amir wat dono jek.. ceyt! pe la amir nih.. heheh.. bukan apa, aku suke nk happykan org2 tersayang aku. baru aku rase hidup aku puas. dorang happy aku lagi la happy.. hahah. takpe amir, tunggula nanti kakak balik, kakak deco rumah smart2, baru amir jakun.. huhuu ^^

oh ye, aku nak cerita masa aku balik tg karang sabtu dan ahad itu hari. Bertolak dari kl pukul 9. sampai dalam pukul 11. Gemok sayee yg hantarkan. mama dah pesan siap2 suh singgah market beli lauk utk lunch. Kalau ingat entri lepas kan, aku order sup tulang tp tak dapek laa.. smpai dah pukul berapa kan, tah bilenye tulang lembu aku tu nak empuk. so cancelled sup tulang. tukar plan b, menu nya adalah sambal udang, kangkung goreng, masak telur ikan manyung dan ayam masak kicap.. sodap wehh.. puas giler makan udang hari tu. sebabnya aku baru gaji . jadinye., dengan senang hari aku membeli udang dengan sebanyak mungkin tanpa menoleh lagi. heheh. Penutup makan besar yg hebat sebelum menjelang Ramadhan.

Next is nk cerita psl ziarah kubur.  Aku rasa dan seingat aku Ramadhan kali ni lah yang complete aku ziarah semuanya.. alhamdulillah.. semoga dapat diteruskan utk Ramadhan yang akan datang..

okay lah. bubai^^
* selamat bukak puase nnt ye kawan2 ( tu pun kalo ada orang baca lah kan.. T.__T)

Friday 29 July 2011

eh, hari ni cantik lah!

Assalamualaikum.
erm, hari ni aku rasa sgt wangi dari semalam. Sebab apa ntah.. hehe. oh ye, hari ni pun aku rase cantik dari semalam, pun tak tau sebab apa ntah. Hari ni best, sebab hari ni jumaat. Hari ni best, sebab hari ni aku pakai baju kebaye. But malam td kurang best, sebab Malaysia tak dapat tempat utk next round ke piala dunia. Takpelah Malaysia, u still my favourite ever ;)) .. tgh sambil2 key in data nih.. wuwu.. sambil jenguk fb jugak.. dan jumpa ini.. copy dr kawan je..


Lost your pen=no pen
No pen=no notes
Nonotes=no study
No study=Fail
Fail=no diploma
No diploma=no work 
no work=no money 
no money=no food 
no food=you get skinny 
you get skinny=then you get ugly 
Ugly=no love 
no love=no marriage 
no marriage=no children 
no children= alone 
alone=depression 
depression=sickness 
sickness=death
Lesson: Don’t lose your pen, you will die.. :P

huh! very the over kan? kan?? sebab tu jek pun, effect smpai bwk mati.. wuwuw


eheh.. hari ni kan, kite kan... kita kan... heheh.. kite shoping jam kat jusco tau.. hee.. beli sekali 2.. satu color putih , 1 color merah. tapi bkn dua-dua untuk kita. kita nk bagi satu dekat adik kita.. erm.. kita baik kan.. wuwu.. tau2, kita memang baik.. nak bagi yg warna merah dekat adik kite,,,hahahah.. gediks gilo


okeh2. serious mode balik....tonight ada jamuan makan malam dekat Restoran Hj. Sharin Low, Bangunan Chinese Chamber of Commerse, Jalan Ampang. wuwu, best2. makan free..   

eh, Okay lah. cuma nk ckp, yeay! esok balik tg karang. best2. boleh jumpa amer, makan sup tulang. anta baju raya. bayar duit langsir, and esok pun org wat langsir nk dtg rumah. nk pasang rel langsir mak aku cakap. 

okay lah, bubai~ 

Thursday 28 July 2011

nikmat puasa^^

Assalamualaikum :) jumpa lagi kite yekk.. heheh

Baru keluarkan memo.
Bermula 1Ogos2011 (khas di bulan Ramadhan sahaja) ;
Masuk office - 0800
Balik             - 1600
Rehat            - 1330 hingga 1400 (Isnin - Khamis)
                       1230 hingga 1445 (Jumaat)

hoyeah! hoyeah! best giloo~

alhamdulillah, syukur dapat duduk di apartment mahsuri, sudahla dekat dengan office, 5minit jalan kaki dari rumah. Bazar Ramadhan pulak betul2 depan apartment.. syukur ya Allah..^^

DUIT KELAB.mAKAN.cARI SuRAT.BIL AIR. Bolalalala~

Assalamualaikum ^^

Semalam aku ingat hari ni jumaat, rupanya hari khamis. Kenapa aku ingat hari ni hari Jumaat? Sebabnya, hari ni ada bacaan yasin, ceramah sempena Ramadhan n makan2 dkt office. selalunya, program macam tu buat hari jumaat dkt Yayasan Ilmuwan ni. hehehehe.. Org yg betanggungjawab selalunya kat program ni ke Kulim, jd nye aku tlg serba sikit persiapan. Macam order katering and hadiah. Kelab dpt dana utk buat semua ni hasil dari bayaran monthly oleh staff YI sebanyak RM10. dan aku dah tertunggak dlm 7bln jugak la td, jd pg2 lagi dah jenguk tempat abg zaki selaku bendahari kelab. hehe.. tapi tak bayar habis pun. byr utk 5bln jek.. wuwuwu. jadiklaaa... then, 9.00am baca yasin dan ceramah dari ustaz sharizan (agaknye, xingat name ustaz). lepastu makan. Kami makan makanan yg aku order. Asalnye aku order masak lemak daging salai, sambal udang petai untuk main lauk. tapi betul2 last mnt tadi dapat tau jadi udang msk lemak cili api n daging msk kicap.. wuwu~ tapi takpela . sedap jugakk.. abis part duit kelab n makan.

Maka, bermulalah kekecohan carik surat.. wuwuwu~
En. Mat tanyakan surat YPM. aku pun carik... lamaaa~~  penat aku carik, xjumpe2. dahla doc cakap surat tu memang ada pada aku, cuma belum hantar sbb hari tu doc mintak hold dulu. punyalah aku punggah segale file, dengan rak kertas kotor pun aku selongkar. TAK JUMPA! huuu.. dah nak begenang air mate nih.. xpnh2 pulak jd camnih.. adeyhh.. at last, ada surat yg aku jumpa tp tarikh tak same. bg la jugak pada En. Mat dgn harapan doc yg salah ingat surat apa yg dia dah sign sebenarnye. and.. Yeay! En, Mat nk guna surat tu utk respon pd YPM. hehe. selamat den..

Bil air~~ tak bekesempatan lagi nk bayar.. wuwuwu.. adeyhh.. tapi, blog sempat pulak yek.. huhu.. erm, mestilah sempat sebab sambil wat keje, sambil menyelit bukak blog.. heheh.. InsyaAllah petang ni nk g bayar bil.. mesti bayar~ mesti bayar~ wuwuw

oh yek, malam nih bola!! aku dah pikir2 dalam pale nih. nk set2 supaya aku berada dalam keadaan tenang dan tenteram utk tengok bolaa.. wuwuw.. jdnye, aku putuskan utk tak masak hari nih. heheh.. bagos tak idea aku.. huu..
 erk, sedikit gambar mase dekat langkawi :



hehehe.. beshhh :))))  
ok lah.. bubai~

Wednesday 27 July 2011

Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat wahyu untuk menulis semula, harapnya apa yang ditulis tak merepek dan keanakan macam dulu. Malu sungguh bila baca entri yang dulu-dulu tu, tapi tak nak la delete. Sebabnya untuk peringatan, lagipun utk kenangan jugak. Untuk bahan gelak ketawa pun ye jugak.. hehehe


Hari ni 27hb 7 2011 (Rabu), bos tak ada, aku pergi jusco, masuk hinode, makan shushi besaa. Semalam gaji kan, jdnye keluar hinode bkn dgn tangan kosong. aku beli photo frame. besa la jugak.. Projek raye ok. heheh. Ambik kesempatan sebab gemok dijangka balik kl minggu nih, dan aku pun plan nk balik tg karang. Maka, gemok akan bertindak sebagai driver aku utk balik ke tg karang. Kalau balik naik train jgn harap la aku nk bawak segale benda dgn sourviner ceklat lgkawi n kain untuk raye. ok, ckup pasal tu. Next paragraph pulak.


Dalam bulan tujuh ni aku banyak outstation. Travel smpai naik flight pulakkan. Mula-mula Tapah, then Langkawi (Yeay! dpt fly~ jakun~jakun~~ ). Seminggu dekat langkawi, balik kl semula dan dapat wahyu kena bertolak ke Kulim pulak. wuwuwu... exciting! but tiring... huhu.. takpe, mak aku cakap tanam saham. Alasannya, nanti bila dah kahwin boleh ngelat sebab time bujang dah pulun outstation. Okay la kan, but aku pun tak kisah sbb duk bujang je kan. No need to worries psl apa-apa sbb tak ada komitmen. hee.. Ok, ckup pasal ni.

Seterusnya, cerita minggu depan dah masuk Ramadhan. Ya Allah, bestnye. Aku dah start carik lagu raye, tp bestnye semalam tengah syok downlod kat 4shared tibe2 teringat zikir2 harian pulak. downlod pulak zikir2 yang lazim orang baca. 

Erm, lupe nk cerita sekali. Masa dekat langkawi la, aku hilang sorg kawan. Sedih, aku tak sempat nk ziarah.  Terasa sgt kehilangan tu sebab kami walau tak rapat sgt tp hampir semuanya sama. form 1- 3 sekola n kelas yg sama. masuk sekolah teknik kelas n dorm yg sama. masuk politeknik yg sama walau lain course. al-fatihah.. Moga-moga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.

Banyak perkara besar jadi pada aku sebelum masuk Ramadhan ni. Harapnya, aku dapat jalani Ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelumnya. mudah-mudahan. amin~

*bulan ogos ni aku tunggu tawaran e-pjj dari uitm jugak. harap dapat. ^^
  kawan2 yg buat rayuan pun mudah-mudahan dapat jugak. 
  kawan2 yg dapat kat jengka tu.. hehe.. hulu lagi yek? huhu. tapi takpe! yg hulu tu   lg fokus study! chaiyokkk

Monday 9 May 2011

kerisauan

harap-harap semuanya okay2 je. aku nak hidup yang aman sejahtera, dipermudahkan semuanya. tak kisah walau tak kaya tp hati bahagia.. just it...............................

Wednesday 4 May 2011

semalam 3hblimaduaribuseblas

; huwaaa.. bos xjd g langkawi! aku sedih. ingatkan bolehla besukaria.. waaa T.T..

; 2years 2months together ;)

;duit xckup.. y? kenapa? why?...

:puase-----> masak ayam grg berlada dgn sayur kcg pnjg dgn kuah pecal

;xjumpe gemok sbb gemok pnt. 1st day masuk keje

Thursday 28 April 2011

khamis, 28hbAprilduaribusebelas

yeay! gemok da smpai kl..!! mlm td ktorg jumpe.. keluar, mkn sesame, lepak sesame.. heee.. mkn kat mane tah,, tp murah~ menu; nasi putih 2, telur bistik, kailan goreng ikan masin, tomyam ayam = RM14.++  .. pastu order chicken wing sedap 4 ketul( seketul 1.60).. pastu pegi jusco au2.. shopping kat watson, masuk jusco tp xbeli pape.. pastu duduk je kat situ.. kul 11 balik rumah.. aku pun tdo..zzzzZZZ

hari ni! dah ckp dgn kak su nak masak hari ni.. tp tak tau nk masak ape.. plan hari ni jumpe gk gemok tp ktorang plan nk lepak kat taman datuk keramat smbil makan kuaci je.. ehehe.. skang dating dgn tema jimat.. huu.. skangkan byk nk gune duit.. nk beli keta, smbung stadi lg... kawin.. huuu..

skang tgh rehat jap, walau bos takde ttp aku ad keje.. wuuwwu... takpelah, dah name pn keje, takkan nk melenggang je pulak kan.. okayh! tu jek.. bubai~

Wednesday 27 April 2011

27April2011

yeay! gemok otw balik kl! huuu..
seronokseronokseronok.. tp tah blenye boleh jumpe.. sampai kl mesti malam.. hee, takpelah. janji dah balik kl.. hehe.. gaji pn dah masuk.. ngam2 je.. hahaha
bos pun takde.. yahuuuu.. best giler.. tp dpt keje pulakk.. ngatkan ley lenggang kangkung..huu.. takpelaa..
nk wat pe eh nnt ble gemok dah balik? karok? muvi? huu.. tapi yg pasti kne jimat2 sikit. sbb... bln nh nk gne duit.. kenduri kakcik la, astro da kne stat bayar.. pastu kan nk beli keta.. hehehe..
ok lah.. tu je.. bubaii

Tuesday 26 April 2011

unknown

hari ni 26hb April 2011,
tak tau nk ckp ape.. hari ni rase best kot, sbb gemok last paper. klo takde pape mlm ni die balik ataupun esok die balik. mane2 la kan, asal selamat sampai.. hehe.. 
hari ni puase lg. aku tak tau la dah berape hari aku puase utk ganti puase ramadhan yg lepas. tp yang pasti klo ada kelapangan n kesempatan, aku pasti akan puase. topup puase yg tak ckop syarat yang diluar sedar kte kan..
hari ni dkt office mengantuk betul.. dan sejuk betul.. aircond aku off, pintu aku tutup.. besandar kat kerusi sambil tutup mate.. lega sikit.. 
ish.. rndu amer jugak.. ahad lepas time aku balik, die tgh tidur.. mama call bg tau, amer bgn2 tros tnye kakak ida mne..waaa~ amerr... huhu.. pasnih, kakak balik, amer jgn la tdo.
ermm.. tu je kot. okaylah.. bubai... assalamualaikum!

Thursday 3 March 2011

saksi cintaku

hari nh 3hb mac. hehe. da 2thn da weh aku ngan gemok. tp tak celebrate ap pun. calling2 jek. tp tu lebih dr ckup. sbb klo jumpe, harapan la nk ckp mcm2. malu ah tgk muke sasi kan, nk ucap madah cinta bagai, hahaa. maseh kat geng2 kat poly deh... alin, tiqah, fit, mizah.. korg la watak2 dlm episod cintaku. wahwah. euww~ plg nk highlight ialah exroomate fittaradewi.. fit ! ko plg kenyang sekali dgr diskusi2 cintan aku kan. hahaa. aku da jd inspirasi dunia cintan ko belum?. hahaa. men2 jek. takmo cite byk2 psl nh. aku malu pstu tkot korg geli. ble korg geli, sedih la aku.. wuwuwu T_T.... meh tgk video nh meh.. peberet amer ! 




layan okeh ~
sekian. wasalam

Wednesday 2 March 2011

mengade ah

aku wat blog.

sebab bijak ; nak update news kat the star bersempena exam muet yg akan menjelma bln 4 nanti. dan aku      la tu yg nak amek muet..

sebab lain ; eh, psl muet la jugak. ko ngat ap ? saje2 je ke. wah2.

hahahaha. tak ah. aku buat sbb nk mntk tlg dila wat kan aku header. tlg ah dila! nk gak. offer ko lom tutup lg kan. ley r. ley r.. hahaa..

ok. sekian. wasalam