Followers

Thursday 24 November 2011

Semua dah besarkan..


Imej atas ni adalah website official PM kita, Dato' Seri Najib Tun Razak. Website 1malaysia. Kena hacked oleh hacker indonesia la kan.. Aku elak label guna nama 'indon' sahaja sebab teringat cerita seseorang. Mereka tak gemar dipanggil indon sahaja... tulah ceritanya. Well, aku masih respect sensitiviti diorang.

Apa diorang nak tunjuk sebenarnya ni. Yang orang-orang Indonesia kencing berdiri? Yang orang Indonesia kalau kencing, memang tunjuk dekat orang. Yang orang Indonesia kalau kencing memang tak cari toilet? Main ikut dan nak lepas dekat mana-mana? Ini lawakla. Aku gelak dengan perangai si hacker tp dalam aku gelak terbit jugak rasa geram. Apa kita Malaysia ni teruk sangat ke. Tahap kebencian Indonesia terhadap Malaysia tu aku dah maklum, isu Manohara, isu Nirmala (orang gaji indonesia yang di dera di Malaysia). Tapi tak semua kan.. Dan Indonesia sendiri tak sedar ke yang saudara diorang ramai yang cari rezeki di Malaysia, diorang juga tak sedar ke ramai dlm kalangan diorang yang banyak lakukan jenayah di Malaysia. Ada kita berkelakuan seperti mereka?

Dah, tu je.. * tahniah Harimau Muda sempena kemenangan ke atas Indonesia pada Sea Games 2011 ni.

Wednesday 16 November 2011

love moment~~

Assalamualaikum. Hari ni tak ada esei karangan panjang lebar.. hehe, *penah ke aku post esei karangan pnjg lebar masalahnye.. hihikk... Hari ni cuma ada beberapa keping gambar yang nak aku kongsi dan jugak utk tatapan sape2 je yang rindu manusia yang terdapat dalam gambar..


Ini masa hari jumaat, sebelum aku berangkat balik ke Tanjung Karang utk celebrate raya haji (aku halfday hari tu).. Tutti Frutti dkt Wangsa Walk dgn kak siti dan kak yani. 

Ini masa aku dah smpai klang. Tengah berjalan menuju ke bas kuala selangor. India ni dah impresskan aku, aku bajet ley snap gaye urban gitu la konon sbb feeling balik kampung dari KL.. hahahaha.. tak menjadik pun, melainkan aku edit, tp aku malas edit..DASARR~~

Ini semua barang rampasan pegawai inspektor amir muzakkir.

Ini malam raya hari. Dalam pukul 10 malam gitu.. kitorang tak masak utk dinner tp keluar merewang dinner kat kedai mat. Layan kuew tiaw goreng seafood sambil perhati kereta berduyun2 jammed bagai nak giler.

Ini dah dekat kedai Mat. Sempat bawak pistol utk pendinding diri dan keluarga.


Ini Chocolate Cheese hasil air tangan aku. Nak resepi? Secret recipe ok! hehe.. 


Sekian :)