Followers

Thursday 18 August 2011

macam biasa bro!

Assalamualaikum! huh.. heheh.. tak boleh moody-moody, kool je bro.
aku baru lepas salah send no fax dekat bos aku. fewhh~~ nasib tak ngamuk org tua tu. mane nak dapek nyo kalo call nombor fax. hahaha.. eheh. tu je nk cite. bubai~


Thursday 11 August 2011

Hadiah buat mama

Assalamualaikum. hee^^


Dah 11 Ramadhan hari ni. Semalam 10 Ramadhan yg bermakna buat aku. Ada 2 perkara gembira jadi dalam hidup aku. Yang pertama, aku dah sah jawatan, alhamdulillah. 23hb Ogos ni genap aku kerja setahun di Yayasan Ilmuwan. Nak ucapkan terima kasih tak terhingga dan rasa syukur yg tiada akhirnya pada Maha Pencipta. alhamdulillah~ alhamdulillah~


Dengan khabaran ini, aku rasa lebih stabil, maksud aku lebih stabil untuk merancang ekonomi aku sendiri. Aku juga rasa yakin untuk merancang lebih untuk masa depan sendiri. Terima kasih juga buat mama, org pertama yg aku beritahu khabaran gembira ni. Perkara yang sering aku kejarkan dalam hidup ialah buat mama gembira dengan pencapaian aku. Buat mama tersenyum bangga dengan aku. You know, mama besarkan aku dan adik2. Sepanjang aku membesar tak pernah sekali rasa kekurangan. Walau hidup tak kaya, tapi cukup serba serbi. Jadi sangat penting untuk aku buat mama happy, dan sangat penting juga untuk aku hidup dalam keredhaan mama, hidup dalam keberkatan mama. Hidup dalam ingatan mama yg sering doakan aku,.. i love you maa <3<3<3

hehe, adik, kakak dapat continue degree.IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN). Yes, tu la berita no 2. Aku dapat sambung degree dekat Uitm Shah Alam. Aku macam x percaye. yes, malam tadi cukup banyak ungkapan alhamdulillah keluar dari bibir aku.. Bila dpt berita nih, aku teringat zaman poly. Betapa seronoknya dapat study dengan kawan2 yg lain. Thanks korang. heheh. Malam tadi pun dah feeling2 kan kite. hahah.
Untuk gemok, thanks jugak mok. you are the best man ! heheh. Nanti turn awok pulak yek. Org tunggu ni. Tak lame je lagi. bulan sebelas dah abis. After that u can plan for ur next step, slow-slow je mok. takpe, asal nampak hasil tu. 1 4 3 ! heheh

heheh.. status fb pagi tadi dedicated to orang-orang yang aku sayang,











hee~~ korang ceriakan hidup aku :)))

20hb register ye kawan2. asalnya 20hb tu nk shopping2, so sekarang terpaksa postpone shopping la yek. heheh. takpe lah. tak ke mana jalan tar tu.
eh. okayy lah. bubai~

Wednesday 3 August 2011

Rezeki dari Allah haruslah dikongsi bersama

Assalamualaikum^^

hee~ dah 03 Ramadhan la korang.. budak-budak dekat apartment mahsuri dah kalut duk main mercun. Nala sungguh, orang nak tengok berita pun tak senang, tunggu la nak dekat raya baru main dik oi. Eceh, sejak kerja ni aku start tengok berita, ditambah pulak housemate kesayangan kerja dekat ipd kan.. Sebab dulu-dulu tengok berita, haram tak phm. Sekarang dah paham, tanya gemok, tanya kak san, jadi tengok berita pun best jugak kadang-kadang = ='... HAHAA.. ada kadang-kadang pulak, nampak sangat tak sepenuh hati.

Oh yek, nak cerita pasal tajuk kali nih. hehehe.. Nak menggambarkan situasi bila ada yang mahu meminjam duit dari kita, walau kita pun berada dalam kesempitan. Pada aku, jgn dihampakan. Bantu walau sikit, ingat pada asasnya, bahawa yg ada pada kita tu pun pinjaman, bukan hak mutlak. Bila difikir-fikirkan, memang akan rasa kasihan pada diri sendiri. Sudahla, makan minum sendiri pun tunggang langgang, lagi nak bantu orang. Hmm, macam mana tu?? hehe.. cumanya, aku letak pada asas. Jangan kejam dan ingat pasti ada rezeki lain untuk aku..

Cumanya, yang menjadi kesalan, bila datang situasi orang yang meminjam banyak kali dan ada pula hutang yg belum dilangsaikan dah datang meminjam.  Aku bukan apa, bak kata org putih. (agaknyela, aku pun ingat2 lupa) kalau nak tolong org, jangan bagi ikan, bagi pancing. Supaya org itu boleh berdikari sendiri.  Tapi soalnya, macam mana kalau hal pinjam duit berulang kali, dan hutang sebelumnya tak dilangsaikan lagi. Nak menasihat pun mulut berat, takut yg dinasihat tak boleh terima.. Kita pun jadi serba salah, sebabnya, bukan tak nak membantu. Niat kita nak membantu dia jugak.. Tapi yelah, fitrah manusia, nak membantu orang pun , lihat diri sendiri dulu tahap keperluan kita macam mana. Jangn menolong orang, tapi menyusahkan diri sendiri  pulak. Lain lah kalau orang tu mintak ikan, memang sah2 aku bagi pancing ikan. hehee...

Yang pasti, kalau situasi macam tu jadi kat aku, apa yang aku buat, aku akan buat apa yg aku termampu pada saat dan ketika tu. heheh. Aku pun tak kuat. Mungkin akan merungut jugak, tapi dalam hati cepat2 buang rasa mengeluh tu. Sebabnya tu semua kan datang dari Allah, bukan saja rezeki, tapi tiap apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik. ermm... ^^

oklah, petang ni nak lauk je kat bazar, nasik masak dekat rumah. Air pulak, wat air sunquick je ckup. ehheh..
ok ~bubai..
*entri paling pantas penah aku buat sbb ada yg dah xsabar. tau la blog aku best

Tuesday 2 August 2011

02 Ramadhan

Assalamualaikum

Dukacita. Aku rasa sedih sebab bazar Setiawangsa dah bertukar tempat, walau tak la jauh sangat tapak bazar tu sekarang tapi tetap bagi kesan dekat aku yang malas jalan nih.. wuwu T.T Jadinya aku dah decide sejak malam tadi lagi nak makan apa? selain tu strategi kena plan jugak, supaya tak perlu besesak dengan orang ramai di waktu-waktu puncak ni. So, the plan is tak payah nk round sangat satu bazar tu. Jumpa juadah yang berkenan terus je beli yek.. Erm, nasib baik jugak office aku time bulan Ramadhan balik awal. Advantage dekat situ. Balik kerja terus tuju bazar je kot.. hehe, tengok dulu cane, sama ada nk balik mandi2 and solat dulu atau apa..

oh ye, malam ni kena struggle iron baju 7pasang semuanya. Dah jadi kebiasaan aku iron baju sekali banyak, malas nk iron banyak2 kali. Lagi pun kan dapat jimat elektrik. Tapi dapat ke aku kekuatan nk iron baju sebanyak-banyak tu?? sebabnya, asal kenyang je mata pun mengantok, tidoq tak ingat duniaa.. Haiyoohh, buruk perangai. Chaiyokk untuk malam nih!!

Memang kena settle urusan rumah minggu ni, sebabnya minggu ni aku nak balik tg karang lagikk.. heheh..oh, i love tg karang very muchoo!!  Setiawangsa pun best, tapi buat rambut aku banyak gugur jer.. environment tak sihat. heheh..

Itu hari dah dapat kurma dari seri kedawang sekotak. Hari ni dapat lagi sekotak dari YI plus yang doc punya, sebab dia tak nak. heheh. apa lagi... posto 1 ke rumah tg karang la kan.. wehuuu~~ i like..

erm, ok la. bubai ;))

Monday 1 August 2011

1 Ramadhan

Assalamualaikum^^ dan selamat menjalani ibadah puasa jugakk..
Macam mana puase korang? pagi tadi bangun sahur tak. aku bangun, sahur minum susu jek.. fizikal dan mental tak ready lg nk masak nasi untuk sahur. Esok insyaAllah. heheh.
Starting from 1Ramadhan aku kena masuk office jam8pagi. Jadi, pukul 7.45pg aku dah keluar rumah pun. permulaan hari yang baik. heheh. Sampai office, on pc on aircond apa semua tuptup dah pukul 10pg.. erghhh, dah stat bunyik dah perut eden.. dalam kepala dah berkira-kira, buka puasa nanti nak makan apa. hehe.. Dalam kepala ni dah list dah menu apa yg nak di terjah time kat bazar petang nanti.

  • ayam percik
  • murtabak
  • roti john
  • air tebu
  • nasi kerabu
  • soya bean
  • ayam percik lagi..
  • ayam percik lagi.. lagi..
dah banyak lagi laaa...  tapi memang aim ayam percik tu kot... aishh..

Hari ni baby baru masuk rumah tg karang dah. tadi aku call mak aku. dah selamat diletak dekat rumah dengan jayanya. aku tanya la amir nye reaksi cane, tapi pengkhabaran hampa yang ku terima. Amir wat dono jek.. ceyt! pe la amir nih.. heheh.. bukan apa, aku suke nk happykan org2 tersayang aku. baru aku rase hidup aku puas. dorang happy aku lagi la happy.. hahah. takpe amir, tunggula nanti kakak balik, kakak deco rumah smart2, baru amir jakun.. huhuu ^^

oh ye, aku nak cerita masa aku balik tg karang sabtu dan ahad itu hari. Bertolak dari kl pukul 9. sampai dalam pukul 11. Gemok sayee yg hantarkan. mama dah pesan siap2 suh singgah market beli lauk utk lunch. Kalau ingat entri lepas kan, aku order sup tulang tp tak dapek laa.. smpai dah pukul berapa kan, tah bilenye tulang lembu aku tu nak empuk. so cancelled sup tulang. tukar plan b, menu nya adalah sambal udang, kangkung goreng, masak telur ikan manyung dan ayam masak kicap.. sodap wehh.. puas giler makan udang hari tu. sebabnya aku baru gaji . jadinye., dengan senang hari aku membeli udang dengan sebanyak mungkin tanpa menoleh lagi. heheh. Penutup makan besar yg hebat sebelum menjelang Ramadhan.

Next is nk cerita psl ziarah kubur.  Aku rasa dan seingat aku Ramadhan kali ni lah yang complete aku ziarah semuanya.. alhamdulillah.. semoga dapat diteruskan utk Ramadhan yang akan datang..

okay lah. bubai^^
* selamat bukak puase nnt ye kawan2 ( tu pun kalo ada orang baca lah kan.. T.__T)