Followers

Wednesday 3 August 2011

Rezeki dari Allah haruslah dikongsi bersama

Assalamualaikum^^

hee~ dah 03 Ramadhan la korang.. budak-budak dekat apartment mahsuri dah kalut duk main mercun. Nala sungguh, orang nak tengok berita pun tak senang, tunggu la nak dekat raya baru main dik oi. Eceh, sejak kerja ni aku start tengok berita, ditambah pulak housemate kesayangan kerja dekat ipd kan.. Sebab dulu-dulu tengok berita, haram tak phm. Sekarang dah paham, tanya gemok, tanya kak san, jadi tengok berita pun best jugak kadang-kadang = ='... HAHAA.. ada kadang-kadang pulak, nampak sangat tak sepenuh hati.

Oh yek, nak cerita pasal tajuk kali nih. hehehe.. Nak menggambarkan situasi bila ada yang mahu meminjam duit dari kita, walau kita pun berada dalam kesempitan. Pada aku, jgn dihampakan. Bantu walau sikit, ingat pada asasnya, bahawa yg ada pada kita tu pun pinjaman, bukan hak mutlak. Bila difikir-fikirkan, memang akan rasa kasihan pada diri sendiri. Sudahla, makan minum sendiri pun tunggang langgang, lagi nak bantu orang. Hmm, macam mana tu?? hehe.. cumanya, aku letak pada asas. Jangan kejam dan ingat pasti ada rezeki lain untuk aku..

Cumanya, yang menjadi kesalan, bila datang situasi orang yang meminjam banyak kali dan ada pula hutang yg belum dilangsaikan dah datang meminjam.  Aku bukan apa, bak kata org putih. (agaknyela, aku pun ingat2 lupa) kalau nak tolong org, jangan bagi ikan, bagi pancing. Supaya org itu boleh berdikari sendiri.  Tapi soalnya, macam mana kalau hal pinjam duit berulang kali, dan hutang sebelumnya tak dilangsaikan lagi. Nak menasihat pun mulut berat, takut yg dinasihat tak boleh terima.. Kita pun jadi serba salah, sebabnya, bukan tak nak membantu. Niat kita nak membantu dia jugak.. Tapi yelah, fitrah manusia, nak membantu orang pun , lihat diri sendiri dulu tahap keperluan kita macam mana. Jangn menolong orang, tapi menyusahkan diri sendiri  pulak. Lain lah kalau orang tu mintak ikan, memang sah2 aku bagi pancing ikan. hehee...

Yang pasti, kalau situasi macam tu jadi kat aku, apa yang aku buat, aku akan buat apa yg aku termampu pada saat dan ketika tu. heheh. Aku pun tak kuat. Mungkin akan merungut jugak, tapi dalam hati cepat2 buang rasa mengeluh tu. Sebabnya tu semua kan datang dari Allah, bukan saja rezeki, tapi tiap apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik. ermm... ^^

oklah, petang ni nak lauk je kat bazar, nasik masak dekat rumah. Air pulak, wat air sunquick je ckup. ehheh..
ok ~bubai..
*entri paling pantas penah aku buat sbb ada yg dah xsabar. tau la blog aku best

No comments:

Post a Comment