Followers

Thursday, 12 April 2012

lame tak bukak

Hai.. kehkehkeh.. banyak giler sawang, habuk, spider, nyamuk, berudu dalam blog ni.. sorry. kite sembur ridsect eh, biar mati semua. sembur febreze sekali biar wangi. Inisiatif tinggi kan kite nih.. hehehe.. Memang pon!
Kenapa dah lama tak update? sebab dalam fasa muhasabah diri dalam konteks sebenar, aku takde benda pun nak gebang sebenarnya.. Tapi kali ni bukanlah bererti aku ada point untuk dikecohkan. Cuma sekadar isi masa lapang ciptaan sendiri sebab sebenarnya ada je keje aku cuma belum rase nak fokus buat kerja. Buat kerja harus happy bai.. harus ada passion bai.. barulah hidup aku rase macam ada rerama berterbangan disinari sinar mentari angin sepoi-sepoi bahasa.. kehkehkeh..

Sejak aku ada kereta ni kan, disebabkan kereta aku ada port usb untuk dicucukkan pendrive lalu diperdengarkan deretan lagu kegemaran, jadi aku selalu la jd seorang yang sangat update pasal lagu baru untuk dimuatkan dalam pendrive hijau aku yang alin belikan time sem 1 dulu tu.. kehkeh..melalalalalalutt~~~

Duit poket juga sering kurang pengudaraan. lalu menjadi kering. Puas aku tepekkan lipbalm cap nivea. Juga tidak jalan. Aku mati akal. Dalam saat kematian akal itu, datang penyelamat. Pakwe aku. kehkehkeh.. menghulurkan sedikit sebanyak duit yang dia ada supaya makwenye tidak sedih akibat kekeringan poket. Minyak kereta juga turut diisikan penuh dan melimpah ruah. Makwenya begitu gembira sekali tatkala melihat meter minyak yang mencanak2 berlumba ke takuk F. Begitu melimpah hinggakan walau perjalanan yang ditempuh begitu jauh namun minyak tidak kelihatan berkurangan di meter minyak. kahkahkah.. Makwe begitu senang hati. Pakwe juga turut memandikan kereta dan tidak lupa dikerahnya bangla carwash mem'vakum' dalaman kereta. Oh sungguh bersih. Tiada debu. Makwe begitu gembira. Ape je laa yang aku melalut nih..zzzzzzzzzzzzzz

Tapikan, aku sebenarnya teringin nk beli accesories untuk kereta aku. Tapi aku rase mcam aku kurang berseni dan lack of confident myself you know.. kehkehekh.. Sian kereta aku , togel. Takpe ye baby. Nanti kakak labur duit belikan baby accesories yang comels-comels ye.. Baby replied: meowwww~~~

Hahaha.. ok la. dah tu je. Nanti sambung.

Thursday, 9 February 2012

Mesin urut perut.


Sungguh kelakar. Tengok perut tuuu...
Ini mesin banyak pakej. Antaranya :

           RM1 untuk 3 min
           RM5 utk..... (Baca : tak pasti)
           RM.....(Baca : hmm.. tak ingat la awak)

Ada 3 pilihan pakej. Tapi aku ingat yg paling murah je, yakni yang aku try la kan.. heheh
Tak best pun pada aku, sebab aku suka mode massage yang super kuat.. Hehe. Urat dawai kan.
Tapi pakcik ni cakap best. Tak kisah la, lain orang lain citarasa. Oh ye, lokasi ni dekat aeon au2, Setiwangsa.

Tu jeh :) bubai~~

Wednesday, 25 January 2012

My first GIVEAWAY CONTEST by eDAST


Assalamualaikum. Assalamualaikum.... KITE JOIN CONTEST BUTIK eDAST :)))
Hee.. ni first time kite join contest macam ni.. eDast boutique punya angkara la ni hehehe... Tapi i likee sebenarnya.. aku bukanlah antara yang terawal join contest ni, sebab bila check dekat website eDast aku tengok ramai dah yg join... Tapi takpe, belum cuba, belum tahu.. Manala tau kalau-kalau aku adalah antara lima orang yg ada luck yg akan di select oleh pihak eDast Boutiqe utk menang contest ni kan.. ngeh~ngeh~~

Okay, apa sejarah aku dgn eDast. Firstly, aku mula kenal dgn eDast Boutiqe dari blog Fatin Liyana.. hehehe.. kantoi baca blog dia secara anonymous.. wuwu... Lepas tu aku like eDast dekat facebook... tapi tak belek2 lagi produk dia, smpailah satu masa yang aku diturunkan wahyu, aku pegi website edast... telek2 barang2 dia yg sangatla hothot.. walaupun tengok secara laju sbb masa tu aku sebenarnya tgh banyak kerja tp sempat lagi aku beli maxi dress eDast.. oleh sebab aku pengguna maybank2u, jadi sgtlah cepat proses membeli belah itu.. itu first time aku shopping online and itu pun dengan eDast.. saye sukeee~~~

yang stripes kecik2 tu lah maxi dress eDast.

Anyway, aku nak kecoh-kecohkan lagi pasal 1 benda... hehe.. semalam , aku baru tau yg aku dapat free tudung segi empat yg sangatlah comel dari eDast. Macam mana aku boleh dapat? hehehe... senang je kot, aku share status eDast. Sebenarnya dah 2kali jugak aku try share utk dpt free item dari eDast. Tapi percubaan pertama tak ada rezeki, 2nd try baru dapat. Alhamdulillah.. hehehe.. Bangga okay, sbbnya aku ni susah la nk menang contest macam ni.. tapi dengan eDast, oh i Love youu... nanti2 kite beli lagi barang dekat awak eh eDast.. hehehe..

*erk, camnih ke format join contest giveaway nih.. wuwuwu.. kite tak pernah masuk contest mcm ni. pengetahuan blog kite pun mcm haremmm.. hehehe...

Friday, 13 January 2012

At last..

Happy morning... Jumaat best kan.. hari ni aku happy sangat.. aku tidur banyak malam tadi, bila bangun pagi, mata sembab yaa ampunn.. tido manyakk.. aku mekap, supaya boleh cover area sembab tuu.. hehehe
Tapi oleh sebab skill mekap tak hebat, orang boleh perasan pulak. Malunya nak cakap mate sembab sebab tidur banyak.. hehehe.. hehehehehehehehehehehehehehehehe....

Tuesday, 20 December 2011

akronim :)

.
.
.
.
PAKWE = Padamu AKu keceWE
MAKWE = Masih AKu keceWE

^_^

Monday, 19 December 2011

Apa yang aku rasa?

Aku pun tak tau.  Sekarang ni, aku rasa nak pergi dating. HEHE. Eh taklah. Rasa nak bersuka ria. Tapi tau tak, lagi 2 minggu je lagi nak final dah. *sigh. Baru semester 1. Ada lagi 9 semester (kalau tak repeat apa-apa) aku kena harung. InsyaAllah boleh.

Aku rasa macam nak kahwinlah. Aku rasa aku dah ready apa. Aku tau masak, aku tau kemas, aku tau jaga baby, aku tau buat susu, aku tau mandikan baby, aku tau basuh berak baby, tukar pampers baby, kalau nak suruh jaga orang tua pun aku tau. Hee.. kira dah ready lah kan tu?

Aku rindu adik-adik aku lah. Yang perempuan dengan yang lelaki tu. Minggu ni nak balik, tapi adik yang perempuan tu dah balik Jitra lah pulak. Dah tak cukup korum. Mana best, tak havoc lah rumah. Hehe..

Aku sedihla. Kereta aku tak keluar lagi. Aku sedihla macam ni... wuwu~~ *sabar-sabar.. sabar itukan cantik :)

Thursday, 15 December 2011

Syukur

.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah... ^_^

Thursday, 24 November 2011

Semua dah besarkan..


Imej atas ni adalah website official PM kita, Dato' Seri Najib Tun Razak. Website 1malaysia. Kena hacked oleh hacker indonesia la kan.. Aku elak label guna nama 'indon' sahaja sebab teringat cerita seseorang. Mereka tak gemar dipanggil indon sahaja... tulah ceritanya. Well, aku masih respect sensitiviti diorang.

Apa diorang nak tunjuk sebenarnya ni. Yang orang-orang Indonesia kencing berdiri? Yang orang Indonesia kalau kencing, memang tunjuk dekat orang. Yang orang Indonesia kalau kencing memang tak cari toilet? Main ikut dan nak lepas dekat mana-mana? Ini lawakla. Aku gelak dengan perangai si hacker tp dalam aku gelak terbit jugak rasa geram. Apa kita Malaysia ni teruk sangat ke. Tahap kebencian Indonesia terhadap Malaysia tu aku dah maklum, isu Manohara, isu Nirmala (orang gaji indonesia yang di dera di Malaysia). Tapi tak semua kan.. Dan Indonesia sendiri tak sedar ke yang saudara diorang ramai yang cari rezeki di Malaysia, diorang juga tak sedar ke ramai dlm kalangan diorang yang banyak lakukan jenayah di Malaysia. Ada kita berkelakuan seperti mereka?

Dah, tu je.. * tahniah Harimau Muda sempena kemenangan ke atas Indonesia pada Sea Games 2011 ni.

Wednesday, 16 November 2011

love moment~~

Assalamualaikum. Hari ni tak ada esei karangan panjang lebar.. hehe, *penah ke aku post esei karangan pnjg lebar masalahnye.. hihikk... Hari ni cuma ada beberapa keping gambar yang nak aku kongsi dan jugak utk tatapan sape2 je yang rindu manusia yang terdapat dalam gambar..


Ini masa hari jumaat, sebelum aku berangkat balik ke Tanjung Karang utk celebrate raya haji (aku halfday hari tu).. Tutti Frutti dkt Wangsa Walk dgn kak siti dan kak yani. 

Ini masa aku dah smpai klang. Tengah berjalan menuju ke bas kuala selangor. India ni dah impresskan aku, aku bajet ley snap gaye urban gitu la konon sbb feeling balik kampung dari KL.. hahahaha.. tak menjadik pun, melainkan aku edit, tp aku malas edit..DASARR~~

Ini semua barang rampasan pegawai inspektor amir muzakkir.

Ini malam raya hari. Dalam pukul 10 malam gitu.. kitorang tak masak utk dinner tp keluar merewang dinner kat kedai mat. Layan kuew tiaw goreng seafood sambil perhati kereta berduyun2 jammed bagai nak giler.

Ini dah dekat kedai Mat. Sempat bawak pistol utk pendinding diri dan keluarga.


Ini Chocolate Cheese hasil air tangan aku. Nak resepi? Secret recipe ok! hehe.. 


Sekian :)

Monday, 31 October 2011

Percuma luh :)


 Nampak? nampak? nampak tak?? yg highlight merah tuuuu... hehehe... Free pass TGV yang aku dah kecoh-kecoh kan tu dah selamat ada orang tulun collectkan.. dan dah selamat aku kendurikan dengan menonton real steel :))

Wednesday, 19 October 2011

pre sequel HDFFAFJ : duhai hati, sabarlah :)


Cant wait to open this tonight.. heee

* HDFFAFJ - Hot Delivery Far Far Away From Jitra :)

Hot delivery far far away from Jitra :)



Tarikh courier :  17.10.2011
Masa courier : 1601

Tarikh terima : 18.10.2011
Masa terima : 0930

:)

Wednesday, 12 October 2011

sweetkan? tips ceriakan isteri

Hey. Hello-hello.. Lets check it out this.. apply it to your wife, not your gegurl.. heee


Honestly, aku sebagai perempuan rasa dihargai kalau suami aku nanti treat aku macam tu.. kami perempuan memang selalu ambil port hal-hal yang kecil ni..  kadang-kadang hal message fon pon jadi isu, jgn ada eja lain sikit.. mula lah, ai.. ni salah send message ke apa nih.. heheh.. we women always tricky, but once we love u, we love you always.. :))

Trust

Malam ni rasa sangsi tu datang lagi..
Aku tak mintak.. malah aku pun taknak...
It hurts me a lot.. 

Aku cuba tenang, kalau gelojoh takut makan diri..
Aku ambik masa untuk luah apa yang aku pendam..

Aku susunkan ayat yang terbaik untuk buat dia mengerti apa seksa yang aku rasa,
Perih ni dia yang mulakan, harus dia juga yang hilangkan..

Itu janji dia.. aku pegang.. sebab aku pilih dia..
Aku beri peluang.. sebab antara aku dan dia tak semuanya tak indah.. 

................................

Monday, 10 October 2011

FOR YOU, YES YOU....

Dear LOVE,
When I give you a chance, meaning I trust you to not waste it.
When I give you a trust, meaning that I believed you'll not gonna break it.
When I believed on you, meaning that I hope you'll not disappoint me.

You know how hard I am to accept you at the first place.
You know how paranoid I am to the past.
You know its not hard for me to give you this chance.
You know how risky I am by choosing this way.
Please...
Don't do something that can change my mind.
Don't do something that can force me to give up.
Don't do something that gonna ruined our plan.
What I need from you is to being honest.
What I need from you is your infinity love.
What I need from you is for you to prove I'm not wrong by choosing you.
What I need from you is to be with me whenever I need you with me.
What I need from you is to be loyal with the promised you've made.
What I need from you is a trust that you're the only one I have.
I don't ask for more. I only need a person who can complete apart of me, and only need me to complete his.
I don't ask for more. I don't need your money because I have my own.
I don't ask for more. I need a guy who want to understand me.
I don't ask for more. I don't need a guy who I can share the problem with, but I need a guy who I can faced the problem with.
If you know me well, you know what I want.
If you know me well, you know what kind of person I am.
If you know me well, you know when I'm angry, sulking or in pms.
If you love me, you will never ever cheat.
If you love me, you'll share everything with me.
If you love me, you'll only have me as yours.
If you love me, you'll never ever do something that can make me curious.
If you love me, you'll never ever do something that make me think I am nothing to you.
If you love me, you'll do anything to prove me how much you love me.
I do love you.
I do need you.
I want you as mine.
I try my hard to do my best to make you feel better.
I know I'm sucks sometimes but I do try my best to change.
But sometimes, things that you do forced me to think back,
'Is it worth for me to risk my heart for a guy like you?'
So I need you to prove that I'm worth it to have a guy like you.
And I'm now doing the right thing by loving you.
Show to me. Prove to me that I'm not wrong.
Can you?


*AKU NAK MASUKKKAN GAMBAR SEKALI, GAMBAR YG SETEMA LA, CILOK GOOGLE JE. TAPI LEMBAP YA AMPUNNN.. SO AKU TAK JADI AMBIK DKT GOOGLE, AKU CADANG NK AMBIK KOLEKSI GMBAR AKU DGN KAWAN-KAWAN JE.. TU PON LMBAT JUGAK.. SUDAH NYE TAK BERGAMBAR LA ENTRI NI.. HEHEHE.. OK LAH, BUBAI :))

*yg dekat atas tu really touched.. aku...huhu.. tak tau lah.. tapi yang tersurat dalam hati ni, exactly same2 la mcm yang dekat atas tu.. tu je :))

Sunday, 9 October 2011

Birthdayy present in advanced

Assalamualaikum semua.

Hari ni bukan la hari yg best antara semua hari pun. Tapi rase nk update and nk cakap aku happy la jugak hari ni sebab aku nk wat entri pasal hadiah in advanced aku. dan sejak dua menjak ni dapat free topup je. heheheh.. jahat la, buli budak lom keje. dahla aku dah keje, ske ati aku je.. eh, tapi ape ade hal, cakap sayang. lautan api sanggup ku renangi, inikan pulak topup je.. tak luak apa pun.

Ok nak cerita pasal yang sepatutnya. Aku ni bukanlah blogger tegar, sebabnya blog aku ni aku xpose pun dkt kawan2 terdekat je. Pada yang tak kenal aku tapi terjumpa blog ni, ada jodohla tu kot. hehehe..
well, aku check email malam tadi. dapat email dari nuffnang.. Macam ni email tu,


haa? tu maksudnye aku kena collect 4 pas tiket tgv ke? serius eh?? hahahaha.. kelakar, aku mane tau..
korang yang dah bc ni tulun la yakinkan aku. betoika suma nih? hehehe.. ok dah. tu jek.. tengah bengkek gak dengan hal iclass aku nih.. wahahaha . bubai sumeh :)

Friday, 30 September 2011

moga aku kuat

malam tadi sedih lagi. huhu. bulan ni memang bulan nangis agaknye. hati ni tak tau la, take time to heal...

Thursday, 22 September 2011

Allah sayang saya, Allah ingat saya..

aku dilanda musibah. syukur, Allah ingat aku.. tapi aku perlu mama untuk tenangkan aku, untuk peluk aku, untuk nasihatnya.. setiap butir kata dari mulutnya, ubat untuk aku...

Thursday, 15 September 2011

im backkk with no worries..

Assalamualaikum.. Hai korang.. Lama dah tak update kan, sebabnya tak ada idea, tak ada ilham, tak ada kelapangan.  Lately ni sangat busy dekat office sebab nak raya kan, mestilah settlekan semua kerja dulu, baru laa lapang hati nanti biler cuti.

Well, kali ni aku tanpa segan silu yang tak ada tolok bandingnya, nak update sikit. hehe.. Wa dah sebat broadband sebijik woi! wahahaa.. cool tak? cool tak? memang dah lame nak ada broadband since aku pun study mode pjj kan, memang perlu sentiase ade jalur lebar. Tapi perlu tunggu standby fulus dan cari pakej yg sesuai. So to make it short, aku baru rembat semalam. and ni internet connection yg sgt fresh baru keluar dari oven.

Macam mana aku boleh terembat semalam? walhal aku bkannye tengah ade duit pun. hehe.. The story begin when i went to Maybank.. aku nak korek asb la kan.. huhu.. sadis giler idop aku. then, bila keluar maybank, hujan lebat tak hengat.. tibe2 aku nampak booth maxis broadband dekat dgn maybank ni. Duduk la berteduh dekat situ sambil-sambil tu  bolehla tanyakan pakej yang ada disamping perlukan penerangan. Ehem, yes, aku memang manusia 2in1. Masa aku emas kau! ehehehe.. dari duk melangut tunggu hujan teduh, baik aku buat something yg worth.

Alhamdulillah la, sebabnye promoter mxs tu cakap sekarang tengah ade promosi and semalam last day.  Offer tu akan jadi promosi bila kau adalah seorang kakitangan kerajaan, sayangnya aku keje swasta wei! hehe.. but..but.. promoter tu tanye, parents ade yang kerja kerajaan tak. hehe. Hape lagi.. with no second aku anggukkkk laa.. omak den kojo gomen wey~~~ heheh.. dokumen yang perlu ade adalah ic dan akuah sah yg menyatakan kita adalah kakitangan kerajaan. Po laie.. den toghus call omak den suruh fax ic dengan surat akuan. Heheh, alhamdulillah dapat! Aku ambil for free la kiranya broadband tu. sebab kalau tak kena bayar 100 wei.. mano ckup duit den. heheh.

Aku jugak dapat rebate untuk 5bulan yang pertama penggunaan iaitu hanya perlu bayar bil sebanyak 58rgt monthly yang sepatutnya adalah 68ringgit sebab aku ambik pakej 68 punyer... err, korang paham tak ayat aku.. hehe. So now im free surfing because this maxis broadband is totalyy mineeee~~~~ seronoknya.. esok balik kg tanjung karang, aku nak hebohkan kat orang kampung T________T

eh, ok lah. tu jerr.. hehe. aku nak kutip baju kat luar. nak iron baju kerja supaya senang hati nak balik tnjung karang esok.. ehehehe.. bubai ;))

Thursday, 18 August 2011

macam biasa bro!

Assalamualaikum! huh.. heheh.. tak boleh moody-moody, kool je bro.
aku baru lepas salah send no fax dekat bos aku. fewhh~~ nasib tak ngamuk org tua tu. mane nak dapek nyo kalo call nombor fax. hahaha.. eheh. tu je nk cite. bubai~