Followers

Friday, 30 September 2011

moga aku kuat

malam tadi sedih lagi. huhu. bulan ni memang bulan nangis agaknye. hati ni tak tau la, take time to heal...

Thursday, 22 September 2011

Allah sayang saya, Allah ingat saya..

aku dilanda musibah. syukur, Allah ingat aku.. tapi aku perlu mama untuk tenangkan aku, untuk peluk aku, untuk nasihatnya.. setiap butir kata dari mulutnya, ubat untuk aku...

Thursday, 15 September 2011

im backkk with no worries..

Assalamualaikum.. Hai korang.. Lama dah tak update kan, sebabnya tak ada idea, tak ada ilham, tak ada kelapangan.  Lately ni sangat busy dekat office sebab nak raya kan, mestilah settlekan semua kerja dulu, baru laa lapang hati nanti biler cuti.

Well, kali ni aku tanpa segan silu yang tak ada tolok bandingnya, nak update sikit. hehe.. Wa dah sebat broadband sebijik woi! wahahaa.. cool tak? cool tak? memang dah lame nak ada broadband since aku pun study mode pjj kan, memang perlu sentiase ade jalur lebar. Tapi perlu tunggu standby fulus dan cari pakej yg sesuai. So to make it short, aku baru rembat semalam. and ni internet connection yg sgt fresh baru keluar dari oven.

Macam mana aku boleh terembat semalam? walhal aku bkannye tengah ade duit pun. hehe.. The story begin when i went to Maybank.. aku nak korek asb la kan.. huhu.. sadis giler idop aku. then, bila keluar maybank, hujan lebat tak hengat.. tibe2 aku nampak booth maxis broadband dekat dgn maybank ni. Duduk la berteduh dekat situ sambil-sambil tu  bolehla tanyakan pakej yang ada disamping perlukan penerangan. Ehem, yes, aku memang manusia 2in1. Masa aku emas kau! ehehehe.. dari duk melangut tunggu hujan teduh, baik aku buat something yg worth.

Alhamdulillah la, sebabnye promoter mxs tu cakap sekarang tengah ade promosi and semalam last day.  Offer tu akan jadi promosi bila kau adalah seorang kakitangan kerajaan, sayangnya aku keje swasta wei! hehe.. but..but.. promoter tu tanye, parents ade yang kerja kerajaan tak. hehe. Hape lagi.. with no second aku anggukkkk laa.. omak den kojo gomen wey~~~ heheh.. dokumen yang perlu ade adalah ic dan akuah sah yg menyatakan kita adalah kakitangan kerajaan. Po laie.. den toghus call omak den suruh fax ic dengan surat akuan. Heheh, alhamdulillah dapat! Aku ambil for free la kiranya broadband tu. sebab kalau tak kena bayar 100 wei.. mano ckup duit den. heheh.

Aku jugak dapat rebate untuk 5bulan yang pertama penggunaan iaitu hanya perlu bayar bil sebanyak 58rgt monthly yang sepatutnya adalah 68ringgit sebab aku ambik pakej 68 punyer... err, korang paham tak ayat aku.. hehe. So now im free surfing because this maxis broadband is totalyy mineeee~~~~ seronoknya.. esok balik kg tanjung karang, aku nak hebohkan kat orang kampung T________T

eh, ok lah. tu jerr.. hehe. aku nak kutip baju kat luar. nak iron baju kerja supaya senang hati nak balik tnjung karang esok.. ehehehe.. bubai ;))

Thursday, 18 August 2011

macam biasa bro!

Assalamualaikum! huh.. heheh.. tak boleh moody-moody, kool je bro.
aku baru lepas salah send no fax dekat bos aku. fewhh~~ nasib tak ngamuk org tua tu. mane nak dapek nyo kalo call nombor fax. hahaha.. eheh. tu je nk cite. bubai~


Thursday, 11 August 2011

Hadiah buat mama

Assalamualaikum. hee^^


Dah 11 Ramadhan hari ni. Semalam 10 Ramadhan yg bermakna buat aku. Ada 2 perkara gembira jadi dalam hidup aku. Yang pertama, aku dah sah jawatan, alhamdulillah. 23hb Ogos ni genap aku kerja setahun di Yayasan Ilmuwan. Nak ucapkan terima kasih tak terhingga dan rasa syukur yg tiada akhirnya pada Maha Pencipta. alhamdulillah~ alhamdulillah~


Dengan khabaran ini, aku rasa lebih stabil, maksud aku lebih stabil untuk merancang ekonomi aku sendiri. Aku juga rasa yakin untuk merancang lebih untuk masa depan sendiri. Terima kasih juga buat mama, org pertama yg aku beritahu khabaran gembira ni. Perkara yang sering aku kejarkan dalam hidup ialah buat mama gembira dengan pencapaian aku. Buat mama tersenyum bangga dengan aku. You know, mama besarkan aku dan adik2. Sepanjang aku membesar tak pernah sekali rasa kekurangan. Walau hidup tak kaya, tapi cukup serba serbi. Jadi sangat penting untuk aku buat mama happy, dan sangat penting juga untuk aku hidup dalam keredhaan mama, hidup dalam keberkatan mama. Hidup dalam ingatan mama yg sering doakan aku,.. i love you maa <3<3<3

hehe, adik, kakak dapat continue degree.IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN). Yes, tu la berita no 2. Aku dapat sambung degree dekat Uitm Shah Alam. Aku macam x percaye. yes, malam tadi cukup banyak ungkapan alhamdulillah keluar dari bibir aku.. Bila dpt berita nih, aku teringat zaman poly. Betapa seronoknya dapat study dengan kawan2 yg lain. Thanks korang. heheh. Malam tadi pun dah feeling2 kan kite. hahah.
Untuk gemok, thanks jugak mok. you are the best man ! heheh. Nanti turn awok pulak yek. Org tunggu ni. Tak lame je lagi. bulan sebelas dah abis. After that u can plan for ur next step, slow-slow je mok. takpe, asal nampak hasil tu. 1 4 3 ! heheh

heheh.. status fb pagi tadi dedicated to orang-orang yang aku sayang,











hee~~ korang ceriakan hidup aku :)))

20hb register ye kawan2. asalnya 20hb tu nk shopping2, so sekarang terpaksa postpone shopping la yek. heheh. takpe lah. tak ke mana jalan tar tu.
eh. okayy lah. bubai~

Wednesday, 3 August 2011

Rezeki dari Allah haruslah dikongsi bersama

Assalamualaikum^^

hee~ dah 03 Ramadhan la korang.. budak-budak dekat apartment mahsuri dah kalut duk main mercun. Nala sungguh, orang nak tengok berita pun tak senang, tunggu la nak dekat raya baru main dik oi. Eceh, sejak kerja ni aku start tengok berita, ditambah pulak housemate kesayangan kerja dekat ipd kan.. Sebab dulu-dulu tengok berita, haram tak phm. Sekarang dah paham, tanya gemok, tanya kak san, jadi tengok berita pun best jugak kadang-kadang = ='... HAHAA.. ada kadang-kadang pulak, nampak sangat tak sepenuh hati.

Oh yek, nak cerita pasal tajuk kali nih. hehehe.. Nak menggambarkan situasi bila ada yang mahu meminjam duit dari kita, walau kita pun berada dalam kesempitan. Pada aku, jgn dihampakan. Bantu walau sikit, ingat pada asasnya, bahawa yg ada pada kita tu pun pinjaman, bukan hak mutlak. Bila difikir-fikirkan, memang akan rasa kasihan pada diri sendiri. Sudahla, makan minum sendiri pun tunggang langgang, lagi nak bantu orang. Hmm, macam mana tu?? hehe.. cumanya, aku letak pada asas. Jangan kejam dan ingat pasti ada rezeki lain untuk aku..

Cumanya, yang menjadi kesalan, bila datang situasi orang yang meminjam banyak kali dan ada pula hutang yg belum dilangsaikan dah datang meminjam.  Aku bukan apa, bak kata org putih. (agaknyela, aku pun ingat2 lupa) kalau nak tolong org, jangan bagi ikan, bagi pancing. Supaya org itu boleh berdikari sendiri.  Tapi soalnya, macam mana kalau hal pinjam duit berulang kali, dan hutang sebelumnya tak dilangsaikan lagi. Nak menasihat pun mulut berat, takut yg dinasihat tak boleh terima.. Kita pun jadi serba salah, sebabnya, bukan tak nak membantu. Niat kita nak membantu dia jugak.. Tapi yelah, fitrah manusia, nak membantu orang pun , lihat diri sendiri dulu tahap keperluan kita macam mana. Jangn menolong orang, tapi menyusahkan diri sendiri  pulak. Lain lah kalau orang tu mintak ikan, memang sah2 aku bagi pancing ikan. hehee...

Yang pasti, kalau situasi macam tu jadi kat aku, apa yang aku buat, aku akan buat apa yg aku termampu pada saat dan ketika tu. heheh. Aku pun tak kuat. Mungkin akan merungut jugak, tapi dalam hati cepat2 buang rasa mengeluh tu. Sebabnya tu semua kan datang dari Allah, bukan saja rezeki, tapi tiap apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik. ermm... ^^

oklah, petang ni nak lauk je kat bazar, nasik masak dekat rumah. Air pulak, wat air sunquick je ckup. ehheh..
ok ~bubai..
*entri paling pantas penah aku buat sbb ada yg dah xsabar. tau la blog aku best

Tuesday, 2 August 2011

02 Ramadhan

Assalamualaikum

Dukacita. Aku rasa sedih sebab bazar Setiawangsa dah bertukar tempat, walau tak la jauh sangat tapak bazar tu sekarang tapi tetap bagi kesan dekat aku yang malas jalan nih.. wuwu T.T Jadinya aku dah decide sejak malam tadi lagi nak makan apa? selain tu strategi kena plan jugak, supaya tak perlu besesak dengan orang ramai di waktu-waktu puncak ni. So, the plan is tak payah nk round sangat satu bazar tu. Jumpa juadah yang berkenan terus je beli yek.. Erm, nasib baik jugak office aku time bulan Ramadhan balik awal. Advantage dekat situ. Balik kerja terus tuju bazar je kot.. hehe, tengok dulu cane, sama ada nk balik mandi2 and solat dulu atau apa..

oh ye, malam ni kena struggle iron baju 7pasang semuanya. Dah jadi kebiasaan aku iron baju sekali banyak, malas nk iron banyak2 kali. Lagi pun kan dapat jimat elektrik. Tapi dapat ke aku kekuatan nk iron baju sebanyak-banyak tu?? sebabnya, asal kenyang je mata pun mengantok, tidoq tak ingat duniaa.. Haiyoohh, buruk perangai. Chaiyokk untuk malam nih!!

Memang kena settle urusan rumah minggu ni, sebabnya minggu ni aku nak balik tg karang lagikk.. heheh..oh, i love tg karang very muchoo!!  Setiawangsa pun best, tapi buat rambut aku banyak gugur jer.. environment tak sihat. heheh..

Itu hari dah dapat kurma dari seri kedawang sekotak. Hari ni dapat lagi sekotak dari YI plus yang doc punya, sebab dia tak nak. heheh. apa lagi... posto 1 ke rumah tg karang la kan.. wehuuu~~ i like..

erm, ok la. bubai ;))